Honda Forza 350 2024 terima pilihan warna baharu di Eropah

Selain model Honda Forza 125 2024, pasaran Eropah turut ditawarkan model Honda Forza 350 2024, yang kini turut menerima pilihan warna terbaharu yang lebih segar.

Untuk musim 2024, Honda Forza 350 kini didatangkan dua pilihan warna baharu iaitu Pearl Nightstar Black dan Matt Pearl Cool White. Pilihan warna Matt Pearl Pacific Blue dari musim 2023 pula kini tampil dengan rim roda berwarna hitam.

Selain itu, turut ditawarkan ialah dua pilihan warna terdahulu Matt Cynos Gray Metallic dan Pearl Falcon Gray, yang dibawakan daripada model tahun 2023.

Honda Forza 350 2024 kekal dikuasakan enjin eSP+ bersesaran 330cc (4 stroke, 4 valve, liquid-cooled) yang digandingkan dengan sistem transmisi automatik CVT.

Enjin yang berprestasi dan cekap itu mampu menghasilkan kuasa maksimum pada paras 28.83hp @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 31.5Nm @ 5,250rpm.

Untuk pasaran Malaysia, model yang dijangka akan dilancarkan pada tahun depan ialah Honda Forza 250 2024, sama seperti model yang ditawarkan di pasaran Indonesia.