Untuk musim depan, Honda Motor Europe kini memperkenalkan Honda Forza 125 2024, yang kini tampil dengan satu pilihan warna baharu yang lebih menarik.
Warna baharu itu ialah Pearl Sienna Red, ditawarkan bersama-sama tiga warna lain dari musim 2023 iaitu Matt Cynos Gray Metallic, Pearl Falcon Gray dan Matt Pearl Pacific Blue.
Bagi model Honda Forza 125 Special Edition 2024, satu pilihan warnanya yang ditawarkan ialah Matt Cynos Gray Metallic (with red wheels, seat stitching, dial surrounds, logos and detailing, blacked-out pillion footpegs and stainless-steel floor plates).
Honda Forza 125 2024 dilengkapi enjin eSP+ dalam sesaran 125cc (4-stroke, 4-valve, liquid-cooled, PGM-FI), yang digandingkan dengan sistem transmisi automatik CVT.
Enjin yang cekap dan menjimatkan penggunaan bahan api itu kemudiannya menawarkan kuasa maksimum 14.34hp @ 8,750rpm, dengan tork maksimum 12.3Nm @ 6,500rpm.