Benelli BKX 300 2024 diperkenalkan, tampil sporty dan unik

Antara model terbaharu yang diperkenalkan oleh Benelli baru-baru ini ialah Benelli BKX 300 2024, yang mempunyai gaya penampilan sporty dan unik.

Ianya dilengkapi enjin bersesaran 292.4cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft) dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Enjin tersebut menawarkan kuasa maksimum yang memuaskan, pada paras 28.83hp (21.5 kW) @ 9,000rpm dengan tork maksimum 24.5Nm @ 7,000rpm.

Benelli BKX 300 2024 merupakan sebuah model adventure yang serba moden, dilengkapi tangki bahan api 13 liter, dan mempunyai berat penuh hanya 165 kg.

Menurut Benelli, ianya akan tiba di pasaran pada separuh pertama tahun 2024. Turut ditawarkan ialah versi 125cc dan 250cc untuk beberapa pasaran tertentu.

Artikel berkaitan :