Suzuki GSX-S1000GX 2024 diperkenalkan di EICMA 2023

Bertempat di EICMA 2023 baru-baru ini, Suzuki bukan saja memperkenalkan model terbaharu Suzuki GSX-8R 2024, malah turut memperkenalkan model Suzuki GSX-S1000GX 2024.

Suzuki GSX-S1000GX 2024 dikuasakan enjin bersesaran 999cc (4-stroke, 4-cylinder, liquid-cooled, DOHC), yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Enjin empat silinder berprestasi tinggi itu menawarkan kuasa maksimum sehingga 152PS @ 11,000rpm, dengan tork maksimum mencecah 106Nm @ 9,250rpm.

Model seberat 232 kg itu seterusnya didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Metallic Triton Blue, Glass Sparkle Black, dan juga Pearl Matt Shadow Green.

Untuk pasaran UK, harga yang ditawarkan untuk Suzuki GSX-S1000GX 2024 ialah sebanyak £14,499.00, dan pelanggan pertama akan menerimanya pada bulan depan.