Bertempat di EICMA 2023 (9 – 12 November), Suzuki dengan rasminya memperkenalkan sebuah model sports bike terbaharu iaitu Suzuki GSX-8R 2024.
Model tersebut merupakan kembar kepada model naked Suzuki GSX-8S 2023, yang ketika ini turut ditawarkan di pasaran Malaysia sejak bulan Jun 2023 yang lepas.
Suzuki GSX-8R 2024 dilengkapi enjin bersesaran 776cc (4-stroke, 2-cylinder, liquid-cooled, DOHC), yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin dengan teknologi dua silinder itu berupaya menghasilkan kuasa maksimum 82.9PS @ 8,500rpm, dengan tork maksimum 78Nm @ 6,800rpm.
Suzuki GSX-8R 2024 tampil dengan tiga pilihan warna menarik, yang diberi nama Metallic Triton Blue, Metallic Matt Sword Silver dan Metallic Matt Black No. 2.
Memandangkan Suzuki GSX-8S kini telah pun ditawarkan di pasaran Malaysia, jadi model terbaharu Suzuki GSX-8R ini juga dijangka akan dilancarkan nanti.