Model terbaharu Triumph Tiger 900 2024 rasmi diperkenalkan

Triumph Motorcycles kini memperkenalkan model terbaharu Triumph Tiger 900 2024, dalam tiga pilihan varian kesemuanya iaitu Triumph Tiger 900 GT, Triumph Tiger 900 GT Pro dan Triumph Tiger 900 Rally Pro.

Ketiga-tiga model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna masing-masing, dan dikuasakan enjin yang sama bersesaran 888cc (liquid-cooled, 12 valve, DOHC, inline 3-cylinder).

Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, seterusnya menawarkan kuasa maksimum 108PS @ 9,500rpm dengan tork maksimum 90Nm @ 6,850rpm.

Untuk pasaran UK, harga yang ditawarkan untuk Triumph Tiger 900 GT 2024 bermula dari £12,395.00.

Bagi Triumph Tiger 900 GT Pro 2024 pula, harganya bermula dari £14,095.00, dan diikuti oleh Triumph Tiger 900 Rally Pro 2024 yang boleh dimiliki dengan harga bermula dari £14,495.00.

Untuk pasaran Malaysia, sudah pasti ketiga-tiga model Triumph Tiger 900 2024 ini akan turut dilancarkan nanti.

Galeri : Triumph Tiger 900 GT 2024

Galeri : Triumph Tiger 900 GT Pro 2024

Galeri : Triumph Tiger 900 Rally Pro 2024