Pasaran Indonesia baru-baru ini dengan rasminya menerima kehadiran model cruiser terbaharu Kawasaki Eliminator 450 2024, dalam dua pilihan varian Standard dan SE.
Bagi varian Standard, pilihan warnanya ialah Pearl Robotic White, manakala varian SE tampil dengan warna Metallic Matte Carbon Gray / Flat Ebony.
Harga yang ditawarkan pula ialah sebanyak Rp. 165,900,000.00 (RM 49,901.10) untuk varian Standard, dan Rp. 169,900,000.00 (RM 51,104.26) untuk varian SE.
Kawasaki Eliminator 450 2024 dan Kawasaki Eliminator 450 SE 2024, kedua-duanya dilengkapi enjin bersesaran 451cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Prestasi maksimum yang dihasilkan mencapai 52PS @ 10,000rpm dengan tork maksimum 42.6Nm @ 7,500rpm.
Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum ada maklumat bilakah model cruiser yang sporty dan bergaya ini akan dilancarkan.
Galeri : Kawasaki Eliminator 450 2024
Galeri : Kawasaki Eliminator 450 SE 2024