Suzuki Raider R150 FI 2024 terima warna baharu di pasaran Filipina

Di pasaran Filipina, Suzuki Raider R150 FI 2024 kini rasmi diperkenalkan, dalam dua pilihan versi menarik iaitu Sport Edition dan Rugged Edition. Kedua-dua versi itu ditawarkan dengan beberapa pilihan warna yang menyerlah dan sporty iaitu dua pilihan warna untuk versi Sport Edition dan tiga pilihan warna untuk Rugged Edition. Harga jualannya pula ialah PHP 119,900.00, bersamaan nilai RM 9,980.63 (kadar semasa). Di bahagian teknikal, ianya kekal sama seperti model tahun 2023.

Antaranya enjin 147.3cc (liquid-cooled, DOHC, 4-valve) dengan transmisi enam kelajuan, dengan kuasa maksimum 18.23hp @ 10,000rpm dan tork maksimum 13.8Nm @ 8,500rpm. Suzuki Raider R150 FI 2024 kemudiannya dilengkapi fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, dan sistem brek cakera depan dan belakang. Selain itu ialah tangki petrol 4.0 liter, tinggi tempat duduk 765 mm, tayar bersaiz 70/90-17 dan 80/90-17, lampu depan LED, dan juga paparan meter digital.

Galeri : Suzuki Raider R150 FI Sport Edition 2024

Galeri : Suzuki Raider R150 FI Rugged Edition 2024