Ducati Multistrada V4 RS 2024 diperkenalkan dalam edisi terhad

Model touring terbaharu dengan prestasi bagaikan superbike, Ducati Multistrada V4 RS 2024 kini rasmi diperkenalkan dalam edisi terhad. Model berkenaan tampil dengan pilihan warna Dedicated Iceberg White Livery, dan dilengkapi enjin Ducati Desmosedici Stradale 1,103cc dengan transmisi enam kelajuan bersama-sama Ducati Quick Shift up/down. Turut melengkapinya ialah sistem klac kering STM-EVO SBK yang sebelum ini melengkapi Panigale V4 SP2 dan Streetfighter V4 SP2.

Ducati Multistrada V4 RS 2024 menghasilkan kuasa maksimum 180hp @ 12,250rpm dengan tork 118Nm @ 9,500rpm. Pelbagai ciri-ciri menariknya termasuklah sistem suspensi elektronik Öhlins Smart EC 2.0, teknologi radar canggih yang berfungsi dengan Adaptive Cruise Control (ACC) dan Blind Spot Detection (BSD), empat mod tunggangan iaitu Race, Sport, Touring, Urban, dan panel instrumen TFT 6.5″ dengan sistem sambungan Ducati Connect dan juga paparan peta navigasi.