Yamaha Motor Europe baru-baru ini telah membuat kejutan dengan memperkenalkan sebuah lagi model terbaharu di dalam segmen Sport Heritage iaitu Yamaha XSR900 GP 2024. Tampil dengan dua pilihan warna menarik Legend Red dan Power Grey, ianya didatangkan enjin 890cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves, 3-cylinder) dengan janaan 119PS @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm. Sistem transmisi 6-kelajuannya lengkap dengan A&S Clutch dan Quick Shift System.
Melengkapkan spesifikasi Yamaha XSR900 GP 2024 ini termasuklah panel TFT 5.0 inci berwarna dengan sistem sambungan, sistem suspensi KYB boleh laras sepenuhnya di bahagian depan dan belakang, Yamaha Ride Control YRC, 6-axis IMU yang mengawal Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS), Lift Control System (LIF) dan Brake Control System (BC), dan sistem Cruise Control. Kapasiti tangki bahan apinya 14 liter, dan berat model tersebut mencapai 200 kg.