Triumph Thruxton Final Edition 2024 tampil sebagai model terakhir

Triumph Motorcycles baru-baru ini telah memperkenalkan model pengeluaran terakhir Triumph Thruxton, sebagai model Triumph Thruxton Final Edition 2024. Ianya diasaskan daripada model Thruxton RS dengan skim warna eksklusif Competition Green, dan setiap unit akan didatangkan dengan nombor siri unik. Dokumen berkaitannya yang istimewa akan ditandatangani oleh setiap ahli pasukan rekaan Thruxton 1200 dan CEO Triumph Motorcycles itu sendiri iaitu Nick Bloor.

Melihat spesifikasinya, Triumph Thruxton Final Edition 2024 dilengkapi enjin bersesaran 1,200cc (liquid cooled, 8 valve, SOHC, 270° crank angle parallel twin) dengan kuasa maksimum 105PS @ 7,500rpm dan tork 112Nm @ 4,250rpm. Fork depannya merupakan Showa USD ‘Big Piston’, manakala di belakangnya ialah sistem suspensi Öhlins piggy-back. Harga yang ditawarkan ialah sebanyak £15,095.00 OTR di pasaran Eropah, dan akan tiba mulai musim bunga akan datang.