Kawasaki Ninja ZX-4RR 40th Anniversary Edition 2024 merupakan sebuah model istimewa, dan ianya baru diperkenalkan bagi meraikan sambutan ulang tahun kali ke-40 untuk model Kawasaki Ninja. Hanya satu skim warna bersejarah yang ditawarkan pada model tersebut iaitu Lime Green / Pearl Crystal White / Blue 24. Bagaimanapun, tiada sebarang naik taraf di bahagian teknikal.
Kawasaki Ninja ZX-4RR 40th Anniversary Edition 2024 dilengkapi enjin 399cc (Liquid-cooled, In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan kuasa maksimum 77PS (80PS with Ram Air) @ 14,500rpm dan tork 39Nm @ 13,000rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan, Assist & Slipper Clutch, dan Kawasaki Quick Shifter untuk operasi penukaran gear yang lebih lancar.
Turut melengkapi ialah fork depan Showa SFF-BP 37 mm, suspensi belakang Showa BFRC Lite, Riding Mode, Kawasaki TRaction Control (KTRC), Power Modes, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS Dual Channel, paparan instrumen TFT 4.3 inci dengan ciri sambungan ke telefon pintar, tangki bahan api 15 liter, tinggi tempat duduk 800 mm, dan berat hanya 189 kg.
Artikel berkaitan :
- Kawasaki Ninja ZX-4RR 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah
- Modenas Ninja ZX-4R 2024 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan, berapakah anggaran harganya?