BMW R 1300 GS 2024 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan

Dalam bulan September 2023 yang lepas, BMW Motorrad rasmi memperkenalkan model BMW R 1300 GS 2024 serba baharu. Tampil dengan reka bentuk yang lebih moden dan sporty, ianya juga kini dikuasakan enjin yang lebih besar bersesaran 1,300cc (air / liquid-cooled four-stroke flat twin engine) dengan kuasa maksimum 145hp @ 7,750rpm dan tork puncak 149Nm @ 6,500rpm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, dan kelajuan maksimumnya melebihi 200 km/j.

Untuk perjalanan yang lebih jauh, BMW R 1300 GS 2024 dilengkapi tangki bahan api 19 liter, dan berat model tersebut kini 12 kilogram lebih ringan berbanding model generasi sebelumnya. Varian yang ditawarkan termasuklah varian asas, di samping varian Triple Black, GS Trophy dan Option 719 Tramuntana. Untuk pasaran Malaysia, BMW R 1300 GS 2024 ini dikatakan bakal dilancarkan pada tahun depan. Setakat ini tarikh pelancaran dan anggaran harganya belum dapat dipastikan.