Aprilia telah memperkenalkan jentera adventure Aprilia Tuareg 660 2024, yang kini tampil dengan tiga skim warna baharu iaitu Atreides Black, Canyon Sand dan Dakar Podium. Melengkapkan lagi model berkenaan ialah kerangka berwarna merah. Spesifikasi lain masih sama, termasuklah enjin 660cc (paralled-twin) dengan keluaran maksimum 80hp @ 9,250rpm dan tork 70Nm @ 6,500rpm.
Aprilia Tuareg 660 2024 seterusnya dilengkapi fork depan dengan travel 240 mm, brek depan dan belakang dengan kaliper Brembo, ABS Dual Channel, empat mod tunggangan, dan sistem APRC lengkap dengan Traction Control, Cruise Control, Engine Map dan Engine Brake. Panel instrumen TFT bersaiz 5.0 inci, manakala tinggi tempat duduk 860 mm. Kapasiti tangki bahan apinya 18 liter.