Modenas Ninja ZX-4R 2024 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan, berapakah anggaran harganya?

Selepas pelancaran Modenas Ninja ZX-25R SE 2023, dikhabarkan Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) akan melancarkan pula model Modenas Ninja ZX-4R 2023. Setakat ini menurut sumber, pelancarannya akan berlangsung pada tahun depan. Di pasaran luar negara ketika ini, Ninja ZX-4R ditawarkan dalam tiga varian iaitu ZX-4R, ZX-4R SE dan ZX-4RR. Bagi varian ZX-4RR, ianya diengkapi fork depan Showa SFF-BP dan suspensi belakang monoshock Showa BFRC Lite.

Ketiga-tiga varian Ninja ZX-4R itu dikuasakan enjin yang sama, bersesaran 399cc (liquid-cooled, 4-stroke, in-line four, DOHC, 16 valves) dengan janaan 77PS (80PS with Ram Air) @ 14,500rpm dan tork 39Nm @ 13,000rpm. Untuk pasaran Malaysia, EMOS dijangka akan melancarkan Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR, yang akan dipasang secara CKD agar harga jualannya nanti lebih mampu milik. Berkenaan harga, mungkin harga di pasaran Thailand boleh dijadikan rujukan.

Ketika ini, pasaran Thailand menerima model Kawasaki Ninja ZX-4R dan Kawasaki Ninja ZX-4R SE, manakala Kawasaki Ninja ZX-4RR belum ditawarkan. Bagi kedua-dua model ZX-4R dan ZX-4R SE, harga yang ditawarkan masing-masing ialah sebanyak THB 320,000 (RM 42,042.07) dan THB 360,000 (RM 47,297.33). Kedua-dua harga itu agak tinggi, namun untuk pasaran Malaysia, mungkin EMOS akan menawarkan ZX-4R SE dan ZX-4RR dengan harga yang lebih rendah.

Galeri : Kawasaki Ninja ZX-4R 2024

Galeri : Kawasaki Ninja ZX-4R SE 2024

Galeri : Kawasaki Ninja ZX-4RR 2024