Ducati DesertX Rally 2024 untuk pengembaraan tanpa had

Ducati baru-baru ini telah memperkenalkan Ducati DesertX Rally 2024, dengan ciri dan kemampuan yang lebih baik berbanding model standard Ducati DesertX. Model tersebut tampil dengan satu skim warna yang menarik, dan dilengkapi enjin Testastretta 11° 937cc dengan kuasa maksimum 110hp @ 9,250rpm dan tork maksimum 92Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 21 liter.

Antara spesifikasi menarik pada Ducati DesertX Rally 2024 ini termasuklah sistem suspensi daripada KYB, steering damper Öhlins boleh laras, panel instrumen 5.0 inci berwarna TFT, sistem lampu LED, dan enam pilihan Riding Modes (Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro, Rally) yang boleh disesuaikan. Tayar depan dan belakangnya bersaiz 21 inci dan 18 inci, manakala jarak kelegaan bumi 280 mm.