Aveta Motor Malaysia melalui laman Facebook rasmi baru-baru ini telah mendedahkan motosikal terbaharu yang akan dilancarkan oleh syarikat itu tidak lama lagi. Ianya merupakan sebuah model kapcai dalam segmen adventure, dan dikenali dengan nama Aveta Ranger Max. Boleh dikatakan model itu merupakan versi yang lebih menarik dan sporty berbanding model Aveta Ranger 110.
Setakat ini tarikh pelancaran rasmi untuk Aveta Ranger Max 2024 belum diumumkan, begitu juga dengan spesifikasi lengkapnya. Namun dengan melihat kepada reka bentuknya berdasarkan imej yang dipaparkan di atas, dijangkakan model kapcai adventure yang serba unik ini akan mendapat sambutan daripada peminat tempatan. Sementara itu, sama-samalah kita tunggu ketibaannya.