Model skuter kembara WMoto Xtreme 150i mulanya dilancarkan di pasaran Malaysia pada Julai 2021. Kemudiannya setahun selepas itu, WMoto Xtreme 150i Special Edition 2022 pula muncul di pasaran. Terbaru, WMoto Xtreme 150i (N1) 2023 rasmi diperkenalkan, dengan dua skim warna baharu yang cukup menarik iaitu Red dan Grey, di samping harga jualan asas RM 10,988.00.
Selain itu, WMoto Xtreme 150i (N1) 2023 juga diperkenalkan dengan teknologi baharu Smart Key System. Spesifikasi lain masih sama, antaranya enjin 149.3cc dengan kuasa 12.1hp @ 8,500rpm dan tork 11.8Nm @ 5,000rpm, Start-Stop System, tangki petrol 11 liter, panel meter digital, sistem lampu LED, pengecas USB dan 12V, windshield boleh laras, dan sistem brek ABS dua saluran.