Triumph Motorcycles Malaysia pada beberapa hari yang lepas telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan untuk dua model terbaharu yang bakal dilancarkan kelak, iaitu Triumph Speed 400 2024 dan Triumph Scrambler 400 X 2024. Harga asas untuk kedua-dua model itu pula setakat ini dikatakan bermula dari hanya RM 2X,XXX, bermakna ianya berada di bawah paras RM 30k.
Untuk pasaran Malaysia, stok untuk dua model Triumph Speed 400 2024 dan Triumph Scrambler 400 X 2024 ini dijangka akan tersedia pada bulan Januari atau Februari 2024 akan datang. Imbas kembali spesifikasi enjin bagi kedua-duanya, iaitu 398.15cc (liquid-cooled, 4 valve, DOHC, single-cylinder) dengan kuasa maksimum 40PS @ 8,000rpm dan tork setinggi 37.5Nm @ 6,500rpm.
Galeri : Triumph Speed 400 2024
Galeri : Triumph Scrambler 400 X 2024