Selepas Suzuki V-Strom 800DE 2023, pasaran Eropah kini dengan rasminya diperkenalkan pula model Suzuki V-Strom 800RE 2024. Untuk makluman, DE bermaksud ‘Dual Explorer’, sementara RE bermaksud ‘Road Explorer’. Menurut Suzuki, V-Strom 800RE akan tiba pada November 2023, dengan harga £9,699.00 di pasaran UK, bersamaan nilai RM 55,973.67 mengikut kadar semasa.
Suzuki V-Strom 800RE 2024 dikuasakan enjin yang sama seperti V-Strom 800DE, dalam sesaran 776cc dengan kuasa maksimum 84.3PS @ 8,500rpm dan tork 78Nm @ 6,800rpm. Kapasiti tangki bahan apinya 20 liter. Sebagai sebuah model jalanan, V-Strom 800RE dilengkapi tayar depan dan belakang bersaiz 19 dan 17 inci, bersama-sama rim aloi aluminium dan tayar Dunlop tanpa tiub.