Honda CRF1100L Africa Twin 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Honda Motor Europe kini memperkenalkan Honda CRF1100L Africa Twin 2024, dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Grand Prix Red, Matt Ballistic Black Metallic dan juga skim warna Pearl Glare White and Glint Wave Blue Metallic Tricolour eksklusif untuk CRF1100L Africa Twin ES. Varian ES kini tampil dengan teknologi Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (Showa EERA).

Honda CRF1100L Africa Twin 2024 dikuasakan enjin 1,084cc (liquid-cooled OHC 4-stroke 8-valve Parallel Twin) dengan pilihan transmisi enam kelajuan MT dan DCT. Kuasa enjin mencapai 100hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 112Nm @ 5,500rpm. Kapasiti tangki bahan apinya 18.8 liter. Model adventure itu akan tiba di bilik pameran pengedar di Eropah mulai bulan November 2023.