Triumph Tiger 900 GT Aragón Edition 2023 kini di pasaran Malaysia, harga RM 81,000.00

Pasaran Malaysia kini menerima pelancaran model baharu Triumph Tiger 900 GT Aragón Edition 2023, yang ditawarkan dengan harga jualan sebanyak RM 81,000.00 (On The Road Price). Model kembara tersebut hanya mempunyai satu skim warna sahaja iaitu Diablo Red / Phantom Black. Di bahagian enjin, ianya tampil bersesaran 888cc (liquid-cooled, 12 valve, DOHC, in-line 3-cylinder).

Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, dan menawarkan kuasa maksimum 93.9hp @ 8,750rpm dengan tork 87Nm @ 7,250rpm. Untuk perjalanan jauh, Tiger 900 GT Aragón Edition ini dibekalkan tangki petrol 20 liter. Model seberat 198 kg (dry weight) itu kemudiannya dilengkapi tayar depan dan belakang bersaiz 100/90-19 dan 150/70-17. Tinggi tempat duduk 820 – 840 mm.