Di pasaran tempatan, salah sebuah model moped yang mendapat sambutan hangat ialah Honda RS-X 2023. Model tersebut kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue dan Lemon Ice Yellow, dengan harga asas bermula dari RM 9,698.00.
Honda RS-X dilengkapi enjin 149.16cc (sistem penyejukan cecair, DOHC, empat lejang, PGM-FI) dengan transmisi enam kelajuan. Enjin berkenaan mampu menawarkan kuasa maksimum 15.8hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 13.6Nm @ 7,000rpm, dan ianya boleh dipertingkatkan lagi.
Buktinya ialah melalui naik taraf ekstrem yang dilakukan oleh SPD Racing bersama-sama Tobaki, dan terhasillah model super moped luar biasa Honda RS-X Turbo Super Moped Bike ft. Kawasaki H2R (SPD X Tobaki). Dengan sistem turbo, kuasa dan tork kini meningkat ke paras lebih tinggi.
Jumlah kos keseluruhan tidak dapat dipastikan, memandangkan model tersebut juga didatangkan dengan beberapa naik taraf premium yang lain. Untuk pemilik Honda RS-X yang mahukan sistem turbo pada motosikal masing-masing, boleh hubungi SPD Racing untuk maklumat lebih lanjut.