Di pasaran Malaysia pada ketika ini, model moped Yamaha Y16ZR 2023 ditawarkan dalam dua versi Standard dan Doxou Edition. Kedua-dua model tersebut mempunyai spesifikasi yang sama, namun versi Doxou tampil dengan beberapa ciri eksklusif yang lebih menarik.
Bagi Yamaha Y16ZR 2023, harga asasnya ditawarkan sebanyak RM 11,118.00. Bagi model Yamaha Y16ZR Doxou Edition 2023 pula, harga jualan asasnya ditawarkan sebanyak RM 11,818.00. Beza harga di antara kedua-dua model moped itu ialah sebanyak RM 700.00.
Setakat ini untuk pasaran Malaysia, Yamaha Y16ZR masih belum dilengkapi dengan sistem brek ABS. Namun situasi itu dijangka akan berubah tidak lama lagi, memandangkan model Yamaha Exciter 155 VVA ABS 2023 telah diperkenalkan di pasaran Vietnam baru-baru ini.
Berdasarkan ramalan, Yamaha Y16ZR ABS 2024 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, paling awal pada tahun hadapan. Jadi persoalannya ialah berapakah harga yang bakal ditawarkan untuk model premium itu, yang kini dilengkapi dengan sistem brek ABS?
Apa yang boleh dikatakan, sudah pasti harganya nanti akan melepasi paras RM 12,000.00, dan tidak mustahil akan menghampiri angka RM 13,000.00. Jumlah harga baharu seperti itu sebenarnya dirasakan sepadan dengan naik taraf terbaharu sistem brek ABS dan lain-lain.
Untuk melihat harga jualan Yamaha Y16ZR ABS 2024 kekal di bawah paras RM 12,000.00, pastinya sukar. Oleh itu, peminat motosikal tempatan yang menantikan kehadirannya pada tahun hadapan, harus bersiap sedia dengan jangkaan harga baharunya yang lebih tinggi.
Sumber gambar : Motosaigon.vn
Artikel berkaitan :
- Yamaha Exciter 155 VVA ABS 2023 rasmi dilancarkan di pasaran Vietnam
- Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Standard Version – Non-ABS) di pasaran Vietnam, harga 48,000,000 VND
- Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Premium Version – Non-ABS dan ABS) di pasaran Vietnam
- Yamaha Exciter 155 VVA 2023 (Limited Edition GP ABS dan Monster Energy MotoGP ABS) di pasaran Vietnam
Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA ABS 2023