Model skuter terbaharu Suzuki Burgman 125 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Setakat ini tempahan untuk model tersebut telah pun dibuka oleh Suzuki Malaysia, dan pelancarannya dikatakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Suzuki Burgman 125 merupakan sebuah model skuter bergaya moden. Ianya dikuasakan enjin 124cc (4-Stroke, 1-Cylinder, Air-Cooled, SOHC, 2-Valve) dengan gandingan transmisi CVT. Jumlah kuasa yang dihasilkan 8.7PS @ 6,750rpm dengan tork 10Nm @ 5,500rpm.
Tangki bahan apinya berkapasiti 5.5 liter, tinggi tempat duduk 780 mm dan berat skuter itu hanyalah 110 kg. Ciri-ciri menarik lain adalah seperti ruang storan di bawah tempat duduk seluas 21.5 liter, dan Glove Box & Rack pada bahagian depan dengan kapasiti 2.0 liter.
Melengkapkan Suzuki Burgman 125 ini termasuklah teknologi Engine Start And Kill Switch With Suzuki Easy Start System, Shutter Key With Central Seat Lock, panel instrumen digital dengan ciri sambungan Bluetooth, port USB, lampu depan LED dan lampu belakang LED.
Untuk maklumat lebih lengkap mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang akan ditawarkan oleh Suzuki Burgman 125 ini, sama-samalah kita nantikan pelancaran rasminya tidak lama lagi.