Kawasaki Ninja 125 2024 diperkenalkan dengan warna baharu

Di pasaran Eropah, Kawasaki Ninja 125 2024 kini diperkenalkan dengan satu skim warna baharu iaitu Metallic Spark Black / Metallic Graphite Gray. Bagi pilihan warna Lime Green / Ebony (KRT Edition) pula, ianya merupakan warna yang dibawakan dari musim 2023.

Kawasaki Ninja 125 2024 merupakan sebuah model sport bike terkecil keluaran Kawasaki. Enjinnya bersesaran 125cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves), dipadankan transmisi enam kelajuan, dan menjana 15PS @ 10,000rpm dengan tork 11.7Nm @ 7,700rpm.

Spesifikasi lain pada model tersebut ialah seperti fork depan teleskopik, suspensi belakang Uni Trak, brek cakera depan dan belakang dengan ABS, tangki petrol 11 liter, panel meter digital, saiz tayar 100/80-R17 dan 130/70-R17, dan ketinggian tempat duduk 785 mm.