BMW F 900 R 2024 terima kemaskini warna baharu

BMW Motorrad pada bulan Jun 2023 yang lepas dengan rasminya memperkenalkan BMW F 900 R 2024, yang kini tampil dengan kemaskini tiga warna baharu yang lebih sporty. Tiga pilihan warna baharu itu ialah Light White, Racing Red, dan juga Black Storm Metallic 2.

Aspek spesifikasi BMW F 900 R 2024 masih kekal sama, antaranya dilengkapi enjin 895cc (water-cooled, 4-stroke in-line two-cylinder engine, four valves per cylinder) dengan prestasi 105hp @ 8,500rpm dan tork 92Nm @ 6,500rpm. Sistem transmisinya ialah 6-kelajuan.

Spesifikasi dan ciri-ciri menarik lain pada model tersebut ialah seperti BMW Motorrad ABS, Automatic Stability Control (ASC), TFT with connectivity, Riding Modes (Road/Rain), sistem lampu LED, LED Dynamic Brake Light, Adjustable Brake & Clutch Lever, dan soket 12V.