Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 kini ditawarkan di pasaran USA

Model sport tourer terbaharu Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran USA, dengan harga $16,499.00 (RM 75,152.94). Sementara itu di pasaran Malaysia, model yang dilancarkan pada bulan Jun ialah Yamaha Tracer 9 GT 2023, dengan harga asas RM 69,998.00. Namun varian premium Tracer 9 GT+ mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Ini kerana model berkenaan dilengkapi teknologi canggih berasaskan radar (Radar-Linked Unified Brake System), yang meningkatkan lagi tahap keselamatannya di jalan raya. Selain itu, Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 juga dilengkapi Adaptive Cruise Control (ACC), Integrated KYB® Semi-Active Suspension, Six-Axis IMU, dan panel instrumen TFT bersaiz 7.0 inci.