Pasaran Eropah baru-baru ini telah ditawarkan model sport bike terbaharu Kawasaki Ninja ZX-4R 2024. Ianya merupakan varian Standard, dengan pilihan warna Metallic Spark Black. Enjinnya bersesaran 399cc (liquid-cooled, 4-stroke, in-line four, DOHC, 16 valves), dengan kuasa maksimum 77PS (80PS with Ram Air) @ 14,500rpm dan tork 39Nm @ 13,000rpm.
Sistem transmisinya enam kelajuan, di samping Assist & Slipper Clutch dan KQS (Kawasaki Quick Shifter). Melengkapkan Ninja ZX-4R ialah fork depan upside-down SFF-BP, suspensi belakang Horizontal Back-link, 3-Mode KTRC (Kawasaki Traction Control), paparan TFT 4.3 inci dengan sambungan ke telefon, sistem lampu LED, dan brek cakera depan berkembar.