Model naked terbaharu CFMOTO 450NK 2023 rasmi dilancarkan di pasaran China, dalam bulan Julai 2023 yang lepas. Harga jualannya ¥27,880.00 (RM 17,783.45), dan mempunyai tiga pilihan warna menarik. Enjinnya 450cc (parallel-twin, DOHC) dengan kuasa maksimum 49.6hp @ 9,500rpm dan tork 39Nm @ 7,600rpm. Sistem transmisinya enam kelajuan.
CFMOTO 450NK 2023 seterusnya dilengkapi Assist & Slipper Clutch, tangki petrol 14 liter, fork depan terbalik, sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, Traction Control System (TCS), sistem lampu LED, panel instrumen TFT 5.0 inci, dan tinggi tempat duduk 795 mm. Tayar depan dan belakangnya bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17. Beratnya ialah 165 kg.