Yamaha XSR900 DB40 Prototype buat penampilan di Goodwood Festival of Speed 2023

Pada bulan Julai 2023 yang lepas, Yamaha telah memperkenalkan Yamaha XSR900 DB40 Prototype, bertempat di Goodwood Festival of Speed 2023 (13 – 16 Julai). Model tersebut meraikan ulangtahun kali ke-40 untuk casis terkenal Deltabox, dan ianya merupakan antara jentera terkini yang memberikan penghormatan kepada sejarah perlumbaan Yamaha.

Yamaha XSR900 DB40 Prototype diasaskan daripada model Yamaha XSR900, dikuasakan enjin CP3 dalam sesaran 899cc (4-valves, 3-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC). Buat masa ini ianya dipercayai kekal sebagai model prototaip sahaja. Namun bagi setiap pemilik Yamaha XSR900, mungkin ianya boleh memberikan inspirasi dari sudut modifikasi terkini.