Pasaran USA baru-baru ini telah menerima model sport tourer terbaharu Yamaha Tracer 9 GT+ 2024. Harganya ditetapkan sebanyak $16,499.00 (RM 75,152.94), dan tersedia dalam satu pilihan warna sahaja. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 890cc (liquid-cooled, DOHC, inline 3-cylinder; 4 valves per cylinder) dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Antara ciri-ciri menarik pada Yamaha Tracer 9 GT+ 2024 ini ialah ianya dilengkapi teknologi canggih berasaskan radar (Radar-Linked Unified Brake System), sistem kawalan pelayaran Adaptive Cruise Control (ACC), sistem suspensi semi-aktif KYB yang canggih, unit Six-Axis IMU, sistem Quickshifter generasi ketiga, dan panel meter TFT berwarna bersaiz 7.0 inci.