Rim GTO original Kawasaki terjual sebanyak RM 43,000.00

Sehingga kini, model legenda Yamaha RX-Z masih mendapat tempat di kalangan peminat motosikal tempatan. Disebabkan itulah harga jualan untuk model tersebut masih lagi tinggi, dan ianya termasuklah harga alat gantinya yang kadang kala didapati tidak masuk akal.

Terbaru, sepasang rim GTO original Kawasaki telah berjaya dijual dengan harga sebanyak RM 43,000.00, berdasarkan maklumat dari laman Facebook Mat Nor Tempang. Sebelum ini rim GTO itu telah diiklankan dengan harga jualan kayangan sebanyak RM 45,000.00.

Selepas selesai urusan pembelian secara tunai, rim GTO original berkenaan kemudiannya telah dipasang di motosikal Yamaha RX-Z versi ‘restore NOS’ milik pembeli. Mungkin ramai yang mengatakan harga RM 45k itu terlalu tinggi, namun untuk pembeli ianya berbaloi.

Sumber : MotoMalaya.net