Kawasaki Z650RS 2024 terima warna baharu di pasaran Eropah

Model retro Kawasaki Z650RS 2024 baru saja diperkenalkan di pasaran Eropah, kini hadir dengan tiga warna baharu yang lebih menarik dan sporty iaitu Candy Medium Red, Metallic Phantom Silver / Metallic Matte Carbon Gray, dan Ebony / Metallic Matte Carbon Gray.

Di bahagian teknikal, tiada sebarang perubahan. Kawasaki Z650RS dilengkapi enjin 649cc (liquid-cooled, parallel twin, DOHC, 8 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch, seterusnya menjana 68PS @ 8,000rpm dengan tork 64Nm @ 6,700rpm.

Spesifikasi lainnya termasuklah tangki petrol 12 liter, fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang Horizontal Back-link (with preload adjustment), dan sistem brek cakera depan 300 mm berkembar dengan cakera belakang 220 mm, lengkap dengan ABS Dual Channel.

Kawasaki Z650RS 2024 berdiri di atas tayar depan dan belakang dalam saiz 120/70-ZR17 dan 160/60-ZR17. Tinggi tempat duduknya 820 mm, dan berat model tersebut 187 kg (curb mass). Sistem lampu LED sepenuhnya, di samping panel meter analog dan juga digital.