Kramer Motorcycles kini memperkenalkan jentera perlumbaan baharu Krämer GP2-890RR 2024, dengan harga $39,995.00 (RM 182,477.19) di pasaran USA. Hanya 125 unit tersedia untuk pasaran global, dalam dua pilihan warna menarik Brno Blue dan Brainerd Black.
Krämer GP2-890RR dikuasakan enjin 889cc (twin-cylinder, DOHC, 8-valve, liquid-cooled) daripada KTM, dengan hamburan maksimum 138hp @ 10,100rpm dan tork puncak 100Nm @ 8,200rpm. Dengan tangki petrol 16 liter, berat penuhnya hanya 142 kg (curb weight).
Sebagai sebuah jentera perlumbaan premium, Krämer GP2-890RR turut dilengkapi sistem brek cakera depan berkembar dengan kaliper Brembo Stylema, rim roda (forged aluminum) Dymag 17 inci, dan sistem suspensi WP Apex Pro dengan ciri boleh laras sepenuhnya.
Krämer GP2-890RR 2024 akan tiba di pasaran mulai bulan September 2023, dan menjadi model pertama yang dikeluarkan dari kilang baharu Krämer di Burghausen, Jerman. Selain itu, ianya juga merupakan model pertama yang akan menggunakan logo baharu Krämer.