Lifan KPT200 4V 2023 dilengkapi enjin dengan teknologi 4-valve

Antara model terbaharu yang kini ditawarkan oleh Lifan pada tahun ini ialah Lifan KPT200 4V 2023. Model tersebut dikuasakan enjin bersesaran 198cc (vertical single-cylinder, four-valve, water-cooled, four-stroke) dengan teknologi 4-valve atau 4 injap, yang dikatakan lebih berkuasa dan cekap.

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 20hp (15kW) @ 9,000rpm dengan tork puncak 17.5Nm @ 7,500rpm. Sistem transmisinya ialah enam kelajuan. Dengan kapasiti tangki bahan api 13 liter, ianya menjanjikan jarak perjalanan sehingga 500 km dan ke atas, sangat sesuai untuk perjalanan jauh.

Lifan KPT200 4V 2023 juga tampil dengan pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri menarik, antaranya ialah fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock boleh laras, sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, sistem lampu LED, panel meter digital, dan tayar bersaiz 100/80-17 dan 130/70-17.

Tinggi tempat duduk berada pada paras 790 mm, dan beratnya 158 kg (net weight). Terdapat tiga pilihan warna menarik yang ditawarkan untuk Lifan KPT200 4V 2023 iaitu Fluorescent Yellow, Pearl Black dan Oyster Grey. Pastinya menarik kalau model ini turut dilancarkan di pasaran Malaysia.