Benelli TRK 502 2023 di pasaran Eropah tampil dengan empat warna baharu

Model adventure Benelli TRK 502 2023 di pasaran Eropah kini tampil dengan empat pilihan warna baharu iaitu Glossy Forest Green, Anthracite Grey, Blue dan White. Beralih ke bahagian enjin, ianya masih kekal dalam sesaran 500cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves, DOHC).

Enjin bertaraf Euro 5 itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan, dan menawarkan kuasa maksimum 47.6hp @ 8,500rpm dengan tork puncak 46Nm @ 6,000rpm. Untuk jarak perjalanan yang lebih jauh, model kembara seberat 235 kg itu dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti 20 liter.

Antara ciri-ciri menarik lain pada Benelli TRK 502 2023 ini ialah fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek dengan ABS dua saluran, panel meter digital dan analog, sistem lampu LED sepenuhnya, sepasang tayar bersaiz 120/70-17 dan 160/60-17, dan tinggi tempat duduk 835 mm.