Yamaha NMAX 2023 terima warna baharu Dark Blue di pasaran Jepun

Yamaha baru-baru ini telah mengumumkan model skuter Yamaha NMAX 2023 di pasaran Jepun kini telah menerima warna baharu Dark Blue. Sementara itu dua pilihan warna terdahulu iaitu Matte Dark Green dan Matte Dark Gray dari model tahun 2022, masih lagi ditawarkan bersama-sama.

Yamaha NMAX 2023 akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi bermula tarikh 22 Ogos 2023, dengan harga sebanyak 379,500 Yen (RM 12,353.43). Spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan kekal sama, namun model tahun 2023 dikatakan tidak lagi menyokong sistem Yamaha Y-Connect.

Yamaha NMAX 2023 dilengkapi enjin Blue Core dalam sesaran 124cc (liquid cooled, SOHC, 4-valve) dengan transmisi automatik V-belt. Kuasa maksimumnya 12PS @ 8,000rpm dengan tork maksimum 11Nm @ 6,000rpm. Untuk perjalanan jauh, tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 7.1 liter.

Melengkapkan lagi spesifikasi model skuter berkenaan ialah Smart Motor Generator, sistem Stop & Start, Smart Key, TCS (Traction Control System), soket pengecas DC 12V, panel meter LCD, lampu depan dan belakang LED, sistem brek ABS dua saluran, dan ruang simpanan seluas 23 liter.