KTM BRABUS 1300 R Edition 23 tiba di pasaran Jepun, hanya 25 unit ditawarkan

Pasaran Malaysia baru-baru ini telah menerima kehadiran model KTM BRABUS 1300 R Edition 23, dalam jumlah sangat terhad hanya 1 unit, pilihan warna Super Black, dan ditawarkan dengan harga asas RM 430,000.00. Sewaktu pelancarannya, model tersebut telah pun mempunyai pembeli.

Terkini, KTM BRABUS 1300 R Edition 23 telah dilancarkan di pasaran Jepun, dalam dua pilihan skim warna Super Black dan Stealth Gray. Menariknya untuk pasaran Jepun, 25 unit ditawarkan dengan harga jualan sebanyak 5,700,000 Yen, bersamaan nilai RM 183,498.88 mengikut kadar semasa.

Untuk pasaran Jepun, jualannya akan bermula pada Ogos 2023. KTM BRABUS 1300 R Edition 23 terhasil melalui kerjasama antara KTM dan BRABUS, diasaskan daripada model KTM 1290 SUPER DUKE R EVO. Enjinnya 1,301cc dengan kuasa 180hp @ 9,500rpm dan tork 140Nm @ 8,000rpm.

Untuk pasaran global, KTM BRABUS 1300 R Edition 23 dikeluarkan dalam jumlah terhad hanya 290 unit, dengan 145 unit bagi setiap warna. Jualannya pula khusus untuk beberapa pasaran sahaja.

Brabus Exclusive Premium Touches :

  • BRABUS Sign of Excellence “1 of 145”
  • WP APEX Semi-active suspension including SUSPENSION PRO package
  • BRABUS CNC-machined triple clamp
  • BRABUS Monoblock Z lightweight 9-spoke “Platinum Black” forged wheels
  • Exclusive BRABUS Slip-On double-pipe exhaust
  • BRABUS CNC-machined front brake and clutch lever
  • BRABUS CNC-machined adjustable racing foot pegs system
  • BRABUS CNC-machined reservoirs and oil tank caps
  • BRABUS custom-made heated seat
  • BRABUS carbon fiber air ducts
  • BRABUS carbon fiber headlight mask
  • BRABUS carbon skid plate
  • BRABUS pillion seat cover