Benelli RCX 185 2023 kini tampil dengan kulit enjin berwarna hitam di pasaran Greece

Khusus untuk pasaran Greece, model moped Benelli RCX 185 2023 sebelum ini telah diperkenalkan dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Gray dan White. Sementara itu pada bahagian enjin, warnanya ialah keemasan. Namun kini model moped itu tampil dengan kulit enjin yang berwarna hitam.

Tidak pasti kenapa perubahan warna di bahagian kulit enjin itu berlaku agak pantas, mungkin kerana warna hitam kelihatan lebih sporty dan agresif. Spesifikasi lain didapati masih sama, antaranya enjin 174cc bertaraf Euro 5, dengan kuasa maksimum 18hp @ 9,500rpm dan tork 15.2Nm @ 6,000rpm.

Selain itu untuk pasaran Greece, Benelli RCX 185 2023 juga dilengkapi sistem brek ABS dua saluran untuk ciri keselamatan yang lebih baik. Berkenaan harga, model moped tersebut dijual dengan harga jualan sebanyak 2,985.00 Euro, bersamaan nilai RM 15,159.14 mengikut kadar tukaran semasa.