Model kapcai Keeway KEE 110 2023 di pasaran Filipina

Berdasarkan paparan di dalam laman sesawang Keeway Filipina, terdapat sebuah model kapcai yang ditawarkan iaitu Keeway KEE 110 2023. Model tersebut mempunyai dua pilihan warna, dan tampil dengan reka bentuk agak unik. Adakah model ini akan diterima jika dilancarkan di pasaran Malaysia?

Keeway KEE 110 2023 dilengkapi enjin bersesaran 109cc (4-stroke, air-cooled, 2-valve, SOHC) dengan sistem penyampaian bahan api karburetor, dan dipadankan kotak gear empat kelajuan. Kuasa maksimumnya memuaskan, pada angka 6.95hp (5.11kW) @ 7,500rpm dengan tork 7.76Nm @ 5,000rpm.