Triumph Motorcycles akhirnya mendedahkan model terbaharu yang ditunggu-tunggu iaitu Triumph Speed 400 2024. Ianya tampil dengan tiga pilihan warna menarik Carnival Red / Phantom Black, Caspian Blue / Storm Grey, dan Phantom Black / Storm Grey. Harga jualannya pula masih belum diumumkan.
Triumph Speed 400 2024 dilengkapi enjin 398.15cc (liquid-cooled, 4 valve, DOHC, single-cylinder) dengan padanan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimumnya mencapai 40PS @ 8,000rpm dengan tork 37.5Nm @ 6,500rpm. Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan model ini akan turut dilancarkan nanti.