Selain daripada model Triumph Speed 400 2024, turut dilancarkan bersama-sama baru-baru ini ialah model Triumph Scrambler 400 X 2024. Model terbaharu itu tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Matt Khaki Green / Fusion White, Carnival Red / Phantom Black, dan Phantom Black / Silver Ice.
Setakat ini harga jualannya untuk pasaran Eropah juga belum diumumkan. Di bahagian enjin, ianya sama seperti model Speed 400, iaitu 398.15cc dengan kuasa maksimum 40PS @ 8,000rpm dan tork 37.5Nm @ 6,500rpm. Adalah diharapkan Triumph Scrambler 400 X 2024 ini akan turut dilancarkan di Malaysia.