Yamaha Ego Gear 2023 terima kemaskini warna dan corak baharu, harga RM 5,998.00

Yamaha Ego Gear 2023 pada hari ini rasmi diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, dalam tiga pilihan warna dan corak baharu iaitu Kuning, Biru dan Hijau. Harga jualan asasnya pula ditawarkan sebanyak RM 5,998.00, telah meningkat berbanding harga yang ditawarkan untuk model sebelumnya.

Selain daripada kemaskini warna baharu, tiada perubahan lain untuk model skuter tersebut. Yamaha Ego Gear kekal dengan enjin BlueCore 125cc SOHC dengan SMG (Smart Motor Generator) dan transmisi automatik. Kuasa maksimumnya 9.4hp @ 8,000rpm dengan tork 9.6Nm @ 5,500rpm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 4.2 liter.

Yamaha Ego Gear seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik dan penyerap hentak belakang tunggal. Untuk pemberhentian yang lebih selamat, ianya dilengkapi sistem brek cakera di bahagian hadapan dan brek jenis dram di bahagian belakang. Tinggi tempat duduknya hanya 750 mm, dengan berat 95 kg (wet weight).

Antara ciri-ciri menariknya termasuklah lampu depan LED dengan lampu Pilot, lampu hazard, sistem Start & Stop, panel meter serba moden, soket pengecas USB, papan lantai anti-slip yang lebar, tempat letak kaki mesra kanak-kanak, dan tayar tanpa tiub dalam siri 70/90-14 (depan) dan 90/80-14 (belakang).

Bagi setiap pembelian Yamaha Ego Gear 2023, pelanggan akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00 secara percuma. Tempoh jaminan yang ditawarkan oleh pengedarnya iaitu Hong Leong Yamaha Motor ialah selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan, yang mana tiba lebih awal.