Kawasaki Eliminator 450 SE 2024 dilancarkan di pasaran USA

Pasaran USA baru-baru ini rasmi menerima pelancaran model cruiser terbaharu iaitu Kawasaki Eliminator 450 2024, dalam versi Standard dan SE. Bagi versi SE, hanya model dengan sistem brek ABS sahaja yang ditawarkan, di samping satu pilihan warna eksklusif yang lebih menarik.

Berikut ialah senarai ciri-ciri tambahan pada versi SE berbanding Standard :

  • Exclusive Color & Graphics
  • Two Pattern Seat
  • Headlight Cowl
  • Fork Boots
  • Waterproof USB-C Outlet

Spesifikasi lain untuk kedua-dua versi tersebut adalah sama. Antaranya enjin 451cc (4-stroke, 2-cylinder, DOHC, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Selain itu ialah tangki petrol 12 liter, sistem brek cakera, sistem lampu LED, dan panel meter digital LCD dengan ciri sambungan ke telefon pintar menggunakan aplikasi Kawasaki Rideology The App.

Untuk pasaran USA, Kawasaki Eliminator 450 SE 2024 dengan skim warna Candy Steel Furnace Orange / Ebony itu ditawarkan dengan harga jualan sebanyak $7,249.00. Untuk pasaran Malaysia, sama-samalah kita berharap yang model ini akan turut dilancarkan pada masa akan datang.