Kawasaki Ninja 650 2024 terima kemaskini warna baharu di pasaran USA

Pada tarikh 06hb. Jun 2023 baru-baru ini, Kawasaki telah memperkenalkan model sport bike Kawasaki Ninja 650 2024 untuk pasaran USA, dalam pilihan dua varian iaitu Non-ABS dan ABS. Model tersebut kini telah menerima kemaskini warna baharu yang lebih menarik dan segar.

Bagi warna Metallic Matte Graphenesteel Gray/Ebony, ianya hanya tersedia dalam varian Non-ABS, dengan harga $8,299.00. Dua lagi pilihan warna ialah Metallic Matte Dark Gray / Metallic Spark Black / Metallic Flat Spark Black dan Metallic Matte Covert Green / Metallic Spark Black / Pearl Sand Khaki, tersedia dalam varian Non-ABS dan ABS, dengan harga jualan masing-masing sebanyak $8,499.00 dan $8,899.00.

Bagi pilihan warna Lime Green / Ebony (KRT Edition) pula, ianya tersedia dalam varian ABS sahaja, dengan harga jualan $8,899.00. Beralih ke bahagian spesifikasi teknikal, Kawasaki Ninja 650 2024 kekal dengan spesifikasi seperti mana versi tahun 2023.

Enjinnya bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Jumlah kuasa maksimum dan tork tidak diumumkan, namun ianya dipercayai sama seperti model di pasaran Eropah, iaitu mencapai paras 68PS @ 8,000rpm dan 64Nm @ 6,700rpm.

Model tersebut turut dilengkapi KTRC (Kawasaki TRaction Control), sistem lampu LED sepenuhnya, panel instrumen digital TFT, sistem brek cakera dengan ABS, suspensi belakang Horizontal Back-Link, tangki bahan api 15 liter, tinggi tempat duduk 790 mm, saiz tayar depan dan belakang 120/70-17 dan 160/60-17, dan berat hanya 193 kg.