BMW M 1000 R 2023 kini tiba di pasaran Malaysia, harga RM 158,500.00

BMW M 1000 R 2023 kini tiba tiba di pasaran Malaysia, dengan satu skim warna sahaja iaitu Light White / M Motorsport. Harga jualannya ditetapkan sebanyak RM 158,500.00, tidak termasuk insuran.

Tampil sporty sebagai sebuah model super naked, BMW M 1000 R dikuasakan enjin bersesaran 999cc dengan kuasa maksimum 210hp @ 13,750rpm dan tork maksimum 113Nm @ 11,000rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.

Dengan berat penuh hanya 199 kg, ianya mampu melakukan pecutan dari 0 – 200 km/j dalam tempoh masa hanya 7.2 saat. Kelajuan maksimumnya mencecah 280 km/j, yang turut dibantu oleh sepasang winglet baharu untuk prestasi aerodinamik optimum.

Melengkapkan lagi ciri-ciri menariknya ialah BMW Motorrad ABS Pro, Pro Riding Modes (Rain, Road, Dynamic, Race, Race Pro 1–3), Launch Control, Dynamic Traction Control, Wheelie Control, Slide Control, Dynamic Brake Control, dan Automatic Hill Start Control.