Ducati Malaysia baru-baru ini dengan rasminya telah melancarkan jentera superbike terbaharu Ducati Panigale V4 R 2023, dengan harga sebanyak RM 458,900.00. Pilihan warna tunggalnya ialah R Livery, dan setiap unit tampil dengan nombor siri eksklusif.
Ducati Panigale V4 R dilengkapi enjin bersesaran 998cc (Desmosedici Stradale 90° V4, counter-rotating crankshaft, 4 Desmodromic timing, 4 valves per cylinder, liquid-cooled), dengan kuasa maksimumnya 218hp @ 15,500rpm dan tork 111.3Nm @ 12,000rpm.
Jika menggunakan sistem ekzos versi perlumbaan sepenuhnya, prestasi daripada enjin itu mencapai 237hp @ 15,500rpm dengan tork maksimum 118Nm @ 12,250rpm. Berat kering model itu 172 kg, dan hanya 167 kg jika menggunakan sistem ekzos versi perlumbaan.
Kapasiti tangki bahan api Ducati Panigale V4 R ialah 17 liter, dan tinggi tempat duduk berada paras 850 mm. Jika anda mempunyai poket yang tebal dan turut meminati dunia dua roda, sila tempah segera model ini di mana-mana cawangan pengedar berdekatan.