Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda CBR150R 2023, yang kini tampil dengan warna baharu Pearl Nightfall Blue. Ianya merupakan tambahan kepada tiga pilihan warna terdahulu iaitu Mat Charcoal Gray Metallic, Candy Scintillate Red dan Repsol Edition.
Harga jualannya pula ditawarkan sebanyak RM 13,299.00 (harga asas, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Beralih ke bahagian teknikal, Honda CBR150R 2023 masih mengekalkan spesifikasi dan ciri-ciri yang sama, seperti mana model sebelumnya.
Spesifikasi dan ciri-ciri Honda CBR150R 2023 :
Enjin 149.2cc (liquid-cooled, 1-cylincer, DOHC, 4-valve, PGM-FI) dengan kuasa maksimum 16.1hp @ 9,000rpm dan tork puncak 13.7Nm @ 7,000rpm. Sistem transmisi enam kelajuan dipadankan dengan Assist & Slipper Clutch. Kapasiti penuh tangki bahan api 12 liter.
Fork depan USD berwarna emas, dan di belakangnya ialah monoshock. Sistem brek cakera depan dan belakang lengkap dengan ABS Dual Channel, termasuklah ciri Emergency Stop Signal (ESS). Saiz roda depan dan belakang masing-masing 100/80-17 dan 130/70-17.
Tinggi tempat duduk 788 mm, dan berat tanpa muatan 139 kg. Melengkapkan model sport bike itu termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya dan panel meter digital pelbagai info. Tempoh jaminannya selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan, yang mana lebih awal.