Model naked terbaharu CFMOTO 800NK 2023 ketika ini telah ditawarkan di pasaran Greece, dalam dua pilihan varian Standard dan Premium. Harga bagi varian Standard ialah €7,790.00 (RM 38,604.16), dan €8,290.00 (RM 41,081.96) untuk Premium.
Kedua-dua varian mempunyai dua pilihan warna yang sama iaitu Nebula White dan Zircon Black. Perbezaan pula bagi varian Premium, ianya dilengkapi sistem Keyless, panel sesentuh multimedia 8.0 inci, handlebar aluminium, dan sistem Quickshifter.
CFMOTO 800NK dikuasakan enjin bersesaran 799cc (DOHC, 2-cylinder, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan slipper clutch. Enjin berprestasi itu menghasilkan kuasa maksimum 94hp @ 9,500rpm dengan tork maksimum 81Nm @ 8,000rpm.
Melengkapkan model naked yang mempunyai berat hanya 186 kg itu termasuklah mod tunggangan Sport, Street dan Rain, Cruise Control, sistem sambungan untuk navigasi, panggilan dan muzik, sistem suspensi KYB, dan sistem brek ABS Dual Channel.
Tangki bahan api hadir dengan kapasiti 15 liter. Tayar depan dan belakang mempunyai ukuran 120/70-17 dan 180/55-17. Tinggi pelana 820 mm, dan sistem lampu semuanya LED. Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan model naked ini akan turut dilancarkan.
Galeri : 2023 CFMOTO 800NK Standard
Galeri : 2023 CFMOTO 800NK Premium